Believe
Believe
Follow
Dashboard
Entries About Stuff Linkies

Hati tak sado!
Saturday, December 12, 2015 | 2:33 AM | 0 Kawaii ?

Assalammualaikum,

aku baru sahaja menamatkan pengajian as a STPM student.
aku ni tak pernah ada pengalaman bekerja dengan orang luar, yang pernah aku lakukan sepanjang 19 tahun aku hidup adalah bekerja dengan mama dan bekerja secara dalam talian.

pada tahun ini aku berazam ingin mencari kerja.
selama 2 hari aku mencari tanpa henti, akhirnya dapat weh! aku dapat bekerja sebagai promoter.
*dekat mana tu rahsia lah*

okay, hari tu bermula dengan sempurna. Aku bangun awal, tetapi sampai jer part tunggu bas, ya allah tuhan ajer yang tahu. bas tu sepenuh penuhnya manusia dan ada manusia ni macam tak tutttttt hahaha ...

tahu ajer lah kan bila dah bersempit macam mana perasaannya.
sampai jer aku dekat destinasi. terus turun dan semangat nak masuk kerja buat kali pertama.
Tapi disebabkan aku ni semangatnya lebih Ter- sampai awal SEJAM (aku ulang SEJAM!) jadi punya lah awal sampai aku pun duduk dengan kawan sekerja sembang sebelum mula kerja tuu.
aku dengan dia sama jer, first time haha.

pada mulanya okay jer, semua berjalan dengan lancar. aku bab-bab berkomunikasi dengan orang ni pass jer. sampai jer masa rehat kedua aku dah mula sebak jer rasa. tak pernah kena push kerja dengan majikan. (dekat situ tak ada lah majikan dia garang) cuma aku lah yang hati tak sado,

sibuk layan orang akhirnya masa yang ditunggu sampai jam menunjukan jam 10 malam. maka tamat lah sesi kerja aku pada hari itu. sebelum tu aku sibuk tengok jam tangan hahaha

keluar je dari tempat kerja, nampak jer kereta biru milik ayah aku terus jer nak berhenti, jadi dalam sejarah hidup aku bekerja selama 12 jam jer lepastu aku menjadi penganggur terhormat.

sekarang aku hanya menjalankan perniagaan online aku dan menunggu tarikh buka sekolah kerana insyaallah aku kan menjadi guru tadika.

patutlah mama pesan belajar rajin rajin. susah alam pekerjaan ni. aku rela penat otak berbanding penat badan!

itu lah pengalaman yang aku tak boleh lupa untuk tahun 2015 ni.




Older Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : C.Kekwat
Best View in Google Chrome